RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU ( KSSR )
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun / Masa : 1 UITM Tema : Keluarga Unit : 4 ( Sayang Ayah ) Tajuk : Suku Kata dan Kata Nama Am Fokus Utama : SK – 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. SP – 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata nama am dalam pelbagai konteks dengan betul. Fokus Sampingan : SK – 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertata susila. SP – 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan Kata NamaAm dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Objektif : Pada akhir P&P; 1) Menggunakan Kata Nama Am dalam situasi yang sesuai. 2) Menyebut, mengeja dan melengkapkan suku kata dengan jawapan yang sesuai. Penyerapan : Ilmu – Pendidikan Moral Nilai Murni – Yakin diri KBT – KP : menghubungkaitkan, muzik KP : Nerbal – linguistik BCB : Bacaan intensif KB : Membuat gambaran mental Sistem Bahasa : Kata Nama Am BBB/ Media : Buku teks, slaid teks lagu, slaid Kata Nama Am, slaid Suku Kata, lembaran kerja murid, video suku kata dan KSSR Aktitiviti : 1) Guru membimbing murid membaca dan memahami skrip lagu “Kereta Kecil” beserta dengan lagu yang sebenar. 2) Guru memperkenalkan Kata Nama Am kepada murid. Kemudian, memberikan contoh-contoh yang sesuai dan Mengaplikasikannya dalam latihan berkumpulan dan berpasangan. 3) Guru memperkenalkan Suku Kata kepada murid. Selepas itu, menghubungkait dengan pembinaan sesuatu perkataan berdasarkan video suku kata. 4) Murid meneka jumlah suku kata dan menyatakan perbezaan setiap huruf suku kata. 5) Guru memberikan lembaran kerja berdasarkan info Kata Nama Am dan Suku Kata sebagai pengayaan. 6) Guru menutup pengajaran dengan mendengarkan Video lagu KSSR tahun 1. Pentaksiran : Murid menulis Kata Nama Am dan Suku Kata. Refleksi : 90% objektif P&P dapat dicapai berdasarkan perancangan yang telah saya susun atur. Murid juga dapat mengaplikasi Kata Nama Am dan Suku Kata dalam perkataan serta ayat yang sesuai berdasarkan teks lagu “Kereta Kecil”. |
Read more...