KSSR

PENDAHULUAN

   Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum ini merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan.
    Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan Negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah. Standard ini menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan Bahasa Melayu.
     Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama. Kepelbagaian pengejaran dan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepimpinan dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkan pengusaan berbahasa murid serta menyokong perlaksanaan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.


TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika, dan ketrampilan diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif
Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketrampilan.

MATLAMAT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan social dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF
  • Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk;
  • Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
  • Mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
  • Mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
  • Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila
  • Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
  • Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
  • Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
  • Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi dengan sebutan dan intonasi yang betul;
  • Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
  • Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respons dengan betul;
  • Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;
  • Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
  • Melakukan aktiviti pra menulis dengan betul;
  •  Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
  •  Membina dan menulis perkaataan, frasa dan ayat dengan betul;
  •  Menulis imlak dengan tepat;
  • Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;
  • Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
  • Mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
  • Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
  • Menggunakan system bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan
  • Mengahayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.


FOKUS

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, hubungan sosial dan kehidupan harian.



SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA

Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang penetapan criteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi;
i)             Kemahiran mendengar
ii)            Kemahiran bertutur
iii)           Kemahiran membaca
iv)           Kemahiran menulis

Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk keupayaan memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyia, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan.

Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.

Sistem Bahasa
Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi yang merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Hal ini bermakna kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

Tanda Baca
Tanda baca sangat penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.

Sistem Ejaan
Perkara yang diberikan penekanan ialah;
i)             Pola keselarasan hurf vocal
ii)            Ejaan kata pinjaman
iii)           Ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sebutan dan intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat memahami perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai asperk dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan



Read more...