Wednesday 14 December 2011

Video Mari Belajar Suku kata-Bahagian 3



Sumber diambil dari youtube
Uploaded by 85hanum on Jun 16, 2011

Read more...

Video Mari Belajar Suku kata-Bahagian 2



Sumber diambil dari youtube
Uploaded by 85hanum on Jun 16, 2011

Read more...

Suku Kata



Read more...

Tuesday 13 December 2011

Kemahiran Suku kata


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA
Semoga guru-guru dan murid-murid ceria dan sihat sentiasa semasa cuti semester ini. Walaupun dalam ‘mood’ bercuti’ seharusnya masa rehat ini tidak harus dilepaskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jadi disini saya berkongsi sedikit kemahiran dalam mendidik murid menguasai suku kata.
Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.
Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.
Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :
• kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
• lembaran kerja suku kata bergambar
• kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
• kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
• kad permainan – puzzle suku kata

Sebelum mengajar :
• Pastikan murid sudah bersedia.
• Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
• Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.
Semasa mengajar :
• mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
• guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
• lakukan latihan ini secara berulang.
• Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
• vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
• Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.
Selepas mengajar :
• buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
• uji murid secara rawak
• edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
• beri murid permainan puzzle cantum suku kata.
Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

Read more...

Lagu Suku kata


sumber ini diambil youtube
Uploaded by on Mar 26, 2010
Read more...

Pantun Nasihat


Read more...

Software Sukukata


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan buat semua,




Disini saya berkongsi satu software kepada rakan guru dan murid berkaitan dengan software yang kebetulan saya terjumpa di satu laman web untuk guru. Software ini mengenai pembelajaran sukukata. Bagi pandangan saya software ini sesuai dengan murid tahap 1 dan murid pemulihan atau prasekolah. Jadi yang berminat klik saja pada link di bawah. Selamat Belajar.


DOWNLOAD DISINI
Read more...