Wednesday 14 December 2011

Video Mari Belajar Suku kata-Bahagian 3



Sumber diambil dari youtube
Uploaded by 85hanum on Jun 16, 2011

Read more...

Video Mari Belajar Suku kata-Bahagian 2



Sumber diambil dari youtube
Uploaded by 85hanum on Jun 16, 2011

Read more...

Suku Kata



Read more...

Tuesday 13 December 2011

Kemahiran Suku kata


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA
Semoga guru-guru dan murid-murid ceria dan sihat sentiasa semasa cuti semester ini. Walaupun dalam ‘mood’ bercuti’ seharusnya masa rehat ini tidak harus dilepaskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jadi disini saya berkongsi sedikit kemahiran dalam mendidik murid menguasai suku kata.
Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.
Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.
Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :
• kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
• lembaran kerja suku kata bergambar
• kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
• kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
• kad permainan – puzzle suku kata

Sebelum mengajar :
• Pastikan murid sudah bersedia.
• Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
• Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.
Semasa mengajar :
• mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
• guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
• lakukan latihan ini secara berulang.
• Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
• vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
• Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.
Selepas mengajar :
• buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
• uji murid secara rawak
• edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
• beri murid permainan puzzle cantum suku kata.
Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

Read more...

Lagu Suku kata


sumber ini diambil youtube
Uploaded by on Mar 26, 2010
Read more...

Pantun Nasihat


Read more...

Software Sukukata


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan buat semua,




Disini saya berkongsi satu software kepada rakan guru dan murid berkaitan dengan software yang kebetulan saya terjumpa di satu laman web untuk guru. Software ini mengenai pembelajaran sukukata. Bagi pandangan saya software ini sesuai dengan murid tahap 1 dan murid pemulihan atau prasekolah. Jadi yang berminat klik saja pada link di bawah. Selamat Belajar.


DOWNLOAD DISINI
Read more...

Bunyi Bahasa Melayu



Bunyi Bahasa Melayu
Definisi Fonologi 
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah

Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara


Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik
Contoh perkataan
Nota
[a]
anak, tanah, lada

[è]
ela, semak, sate

[i]
iring, kita, seri

[]
emak, betul
Tidak terdapat di hujung perkataan
[o]
obor, botak, moto

[u]
ular, sultan, saku


Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, dan adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata
Contoh
KV
yu
VK
am
KKVK
draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata
Contoh
V + KV
ibu, ela, era
V + VK
air, aib
V + KVK
adat, emas
VK + KV
anda, unta, angsa
VK +  KVK
antah, untuk, ingkar,
KV + KVK
bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+V+KV
biasa, cuaca, suara
KV + V +KV
kaedah
V + KV + V
abai, usia
KV+KV+VK
maruah, peluang
KV+KVK+KVK
kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+KV+KV+KV
panorama
KV+KV+KV+KVK
masyarakakat
KVK+KV+V+KV
sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Read more...